PAKEJ PERCUTIAN
PULAU PERHENTIAN
Info Menarik Pulau Perhentian
Pakej Percutian Pulau Perhentian.
Pulau Perhentian terletak di Terengganu, di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia terdiri daripada dua pulau utama iaitu:
Pulau Perhentian Besar – sesuai untuk percutian keluarga dan pasangan, lebih tenang dan eksklusif
Pulau Perhentian Kecil – lebih meriah, sesuai untuk backpackers dan pelancong muda, banyak aktiviti sosial
Asal-usul nama “Perhentian” datang daripada sejarahnya sebagai tempat persinggahan nelayan dan pedagang suatu ketika dahulu, sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan lain di Pantai Timur dan Thailand. Pulau ini pernah menjadi kawasan strategik untuk berehat dan mendapatkan bekalan air bersih.
Kenapa Ramai Suka ke Pulau Perhentian?
Pakej Percutian Pulau Perhentian
Perhentian
Aktiviti Menarik di Pulau Perhentian
Snorkeling & Scuba Diving
Terokai keindahan bawah laut dengan snorkeling atau menyelam skuba. Terdapat lebih 30 lokasi menyelam di sekitar pulau, termasuk Tokong Laut yang terkenal dengan kehidupan marin yang pelbagai.
Kayak & Island Hopping
Sewa kayak untuk menjelajah sekitar pulau atau sertai aktiviti island hopping ke pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Rawa dan Pulau Lang Tengah
Melihat Penyu Bertelur
Pada waktu malam, anda berpeluang menyaksikan penyu bertelur di pantai-pantai tertentu, satu pengalaman yang mendidik dan mengagumkan
Hiking ke Kincir Angin
Daki ke puncak untuk melihat stesen janakuasa hibrid pertama di Asia dan nikmati pemandangan panoramik Pulau Perhentian dari ketinggian.
Menonton Fire Show
Pada waktu malam, Long Beach menjadi meriah dengan pertunjukan api yang memukau, sesuai untuk hiburan selepas seharian beraktiviti.
Solat di Masjid Terapung
Kunjungi masjid yang terletak di atas air ini untuk pengalaman beribadah yang unik dengan latar belakang laut yang menenangkan.
TOP 4 PERCUTIAN PULAU PERHENTIAN 3H2M
PAKEJ PERCUTIAN PULAU PERHENTIAN KECIL
PAKEJ PERCUTIAN PULAU PERHENTIAN BESAR
❓ Nak tahu harga, semak tarikh, atau ada soalan?
Klik saja — team kami akan bantu anda terus di WhatsApp dengan pantas dan mesra!